Rabu Ogos 10, 2011
Penonton boleh menyaksikan cara Saleha membuat aksi ‘drift’ yang bakal ditayangkan di TV3 pada malam 30 Ogos ini.
“Saya rasa kelainan yang saya lakukan dalam telefilem ini adalah melakukan aksi ‘drift’.
“Selain itu, pasukan produksi ‘Cintaku 120 KM/J’ cukup akrab dan memberikan suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telefilem ini,” katanya kepada mStar online.
Bekerjasama buat kali kedua, dengan pengarah Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, dia mengakui sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam produksi seperti ini.
“Sudah menjadi lumrah apabila wujudnya masalah ketika penggambaran. Namun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
“Tambahan pula, pelakon seperti Zizan dan Cat Farish yang turut serta dalam produksi sedikit-sebanyak membantu menceriakan suasana di lokasi penggambaran,” jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface iaitu Sam ini.
Apa yang menarik, dia banyak tertawa sepanjang membaca skrip cerita genre komedi aksi terbitan Excellent Pictures itu.
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan telefilem Hari Raya Aidilfitri dan merasakan ia cukup bermakna buat diri saya.
“Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa,” kata Zizan.
Bagi penyandang Artis Lelaki Komedi Popular 2010 itu, penonton wajib menonton Cintaku 120 KM/J kerana ia sebuah telefilem yang penuh dengan aksi ‘drift,’ perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya memberi kelainan buat penonton.
Telefilem yang merupakan idea asal dari Ahmad Idham dan Cat Farish itu turut dilakonkan oleh Siti Saleha, Izzu Islam dan Wawa Zainal.
No comments:
Post a Comment