Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

Hiburan_Babak Dari Filem Azura 2012

1 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
Filem Azura yang diarahkan oleh Aziz M. Osman sudah pasti akan meletup, siapa tak kenal dengan beliau kan? Seorang pengarah yang berbakat dan suka menampilkan kelainan.Filem ini akan dikeluarkan pada bulan dua tahun ini. Filem Azura ini ialah adaptasi dari filem romantik berjudul sama arahan Deddy M. Borhan yang telah dikeluarkan pada tahun 1984
Anda boleh like page facebook Filem Azura 2012 disini
https://www.facebook.com/pages/Filem-Azura-Official/228236960592568?sk=wall
Berikut adalah gambar Babak Dari Filem Azura 2012
2 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
3 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
4 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
6 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
7 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
8 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
9 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
10 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
11 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
12 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
13 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
14 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
15 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012
16 GAMBAR : Babak Dari Filem Azura 2012

Source - http://www.syoklah.com/2012/01/gambar-babak-dari-filem-azura-2012/

Hiburan_Neelofa Di Muka Hadapan Remaja Januari 2012.

388658 269810696406768 259034834151021 674065 1532468165 n Neelofa Di Muka Hadapan Remaja Januari 2012.


Source - http://www.syoklah.com/2012/01/neelofa-di-muka-hadapan-remaja-januari-2012/

Hiburan_Maya Karin Manis Bertudung Di Muka Hadapan NUR

404205 283853688335802 259034834151021 710404 1080312416 n Maya Karin Manis Bertudung Di Muka Hadapan NUR
Manis betul bila Maya Karin bertudung kan? Macam arab-pakistan gitu. Siapa tak ingat kan semasa Maya Karin bertudung dalam filem Ombak Rindu.
Kami berharap sangat dan mendoakan agar Maya Karin berubah untuk memakai tudung selamanya. Amin…

Hiburan_Zizan Rajak Lawak Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus.

424178 282493935138444 259034834151021 706975 209309430 n Zizan Rajak Lawak Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus.
Korang ingat tak masa ampang tahun baru 2012 Zizan Raja Lawak dalam majlis agama di Shah Alam baru baru ini masih menjadi perbualan sesetengah pihak . Kami juga nak kongsi ada beberapa kisah menarik disebaliknya.
Kami dimaklumkan bahawa Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran untuk menjadi pengacara sesebuah majlis yang waktu dan masanya sama dengan majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan dikatakan menolak tawaran kerja RM 18, 000 semata-mata untuk menyambut ambang tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus.
Kalau korang nak tahu, kami respek betul dengan Zizan , sanggup menolak demi berjuang demi islam dan bukan ringgit. Ini kerana Zizan hanya ditawarkan 1,000 ringgit sahaja oleh Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Source - http://www.syoklah.com/2012/01/zizan-rajak-lawak-tolak-tawaran-kerja-rm18000-untuk-bersama-ustaz-azhar-idrus/

Monday, 5 September 2011

Intan Ladyana Tukar Hadiah Di Aidilfitri


Intan Ladyana berasa gembira setiap kali bertukar hadiah dengan sanak saudara pada Hari Raya. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 29, (Intan) mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini masih tidak banyak berbeza daripada tahun-tahun yang lalu kerana dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya di Bangkok, Thailand dan berkumpul di rumah neneknya.
Walaupun mengakui suasana Lebaran di sana tidak semeriah perayaan di tanah air sendiri, Intan tetap berasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyambutnya seisi keluarga.
"Suasana dan sambutan Hari Raya memang tidak semeriah mana di Bangkok jika hendak dibandingkan dengan sambutan di Malaysia tetapi saya sekeluarga sudah terbiasa dengan cara yang sederhana dan ala kadar sejak dulu lagi.
"Kalau hendak tahu, tiada kedai pun yang tutup dan semua perniagaan berjalan macam biasa pada Hari Raya kerana komuniti muslim di sana tidak sebesar mana. Namun kami memang rapat dengan sanak saudara yang lain," katanya.
Tambah Intan, kesederhanaan suasana perayaan itu bagaimanapun dirasakan cukup meriah apabila seluruh keluarga berkumpul di rumah salah seorang saudara selepas Hari Raya pertama untuk melakukan aktiviti bertukar hadiah.
"Saya paling suka dengan aktiviti bertukar hadiah apabila kami berkumpul pada Hari Raya. Setiap keluarga akan membawa hadiah masing-masing untuk ditukar sesama saudara-mara.
"Pada kebiasaannya, kami akan mengadakan acara cabutan bertuah dengan memanggil nama ahli keluarga dan memberikan hadiah yang dikumpulkan di tengah-tengah rumah itu kepada setiap seorang," katanya.
Terbaru, Intan kini sedang terikat dengan penggambaran filem X arahan Pierre Andre selain komitmen dram bersiri Kekasihku Puyu untuk slot Legenda di TV3.
Selain itu, kekasih hati aktor Kamal Adli ini juga bakal muncul dengan tiga buah filem yang menantikan slot tayangan iaitu Bini-Biniku Gangster, Halim Munan dan Adnan Sempit 2.

Orang Kampung Buat Kejutan Raikan Neelofa


Neelofa
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, (Neelofa) menganggap pengalaman pertama menyambut Hari Raya sebagai artis memberikan kejutan yang indah apabila dia diraikan dalam sebuah majlis rumah terbuka anjuran sanak-saudara dan penduduk kampung di Pasir Mas, Kelantan pada Hari Raya pertama lalu.
Kongsi Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni.
"Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh.
"Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri," katanya secara berseloroh.
Bercerita tentang sambutan perayaan Hari Raya, aktres kontroversi ini berkata, dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya itu bermula 28 Ogos hingga 4 September lalu dengan menaiki kapal terbang.
"Kami terpaksa naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga saya besar. Saya ada 10 adik-beradik, jadi tentu leceh pula kalau naik kereta.
"Sambutan Hari Raya tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang lalu cuma pada tahun semakin ramai orang mengenali saya.
"Kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek dan menyambut sanak-saudara dan orang kampung datang saja," katanya yang menggemari menu nasi dagang, laksam dan laksa Siam pada pagi Raya.
Terbaru tentang karier lakonannya, heroin filem Azura 2011 ini berkata, dia akan kembali sibuk dengan pengajiannya sebelum memasuki set penggambaran filem terbaru Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac pada pertengahan September ini.
"Untuk lakonan pula, saya akan masuk ke lokasi filem Lemak Kampung Santan pada pertengahan September ini," kata pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway ini.

Kris Dayanti Dapat Anak Perempuan


PENYANYI popular Indonesia, Kris Dayanti, 36, selamat melahirkan seorang bayi perempuan, Amora Arianna Lemos melalui pembedahan pada pukul 3.21 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Mitra, Jakarta.
Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos. Mereka berkahwin pada bulan Mac lalu.
Difahamkan, Raul amat lega kerana isteri dan anaknya itu melalui proses kelahiran dengan selamat.
Malah, Raul turut berkongsi kegembiraannya kepada semua dengan menghantar gambar anaknya sendiri kepada pihak media yang berada di hospital tersebut.
Sebelum ini, Kris telah pun memiliki seramai dua orang anak iaitu Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang.
KD mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana membuat pengakuan berani yang dia telah hamil sebelum bernikah.

Sunday, 4 September 2011

Saleha Pamer Aksi ‘Drift’ Dalam ‘Cintaku 120 KM/J’



Saleha dalam telefilem Cintaku 120 KM/J yang akan disiarkan pada Hari Raya Pertama.
PETALING JAYA: Buat julung kalinya, pelakon Siti Saleha mencabar dirinya untuk melakukan sendiri aksi ‘drift’ bagi menjayakan watak Asmina dalam telefilem Cintaku 120 KM/J.
Penonton boleh menyaksikan cara Saleha membuat aksi ‘drift’ yang bakal ditayangkan di TV3 pada malam 30 Ogos ini.
“Saya rasa kelainan yang saya lakukan dalam telefilem ini adalah melakukan aksi ‘drift’.
“Selain itu, pasukan produksi ‘Cintaku 120 KM/J’ cukup akrab dan memberikan suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telefilem ini,” katanya kepada mStar online.
Bekerjasama buat kali kedua, dengan pengarah Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, dia mengakui sedikit sebanyak masalah yang wujud dalam produksi seperti ini.
“Sudah menjadi lumrah apabila wujudnya masalah ketika penggambaran. Namun, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
“Tambahan pula, pelakon seperti Zizan dan Cat Farish yang turut serta dalam produksi sedikit-sebanyak membantu menceriakan suasana di lokasi penggambaran,” jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface iaitu Sam ini.
Zizan Razak.
Sementara pelakon Zizan Razak (Raja Lawak) menjanjikan telefilem ini tidak rugi ditonton.
Apa yang menarik, dia banyak tertawa sepanjang membaca skrip cerita genre komedi aksi terbitan Excellent Pictures itu.
“Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan telefilem Hari Raya Aidilfitri dan merasakan ia cukup bermakna buat diri saya.
“Saya yakin Cintaku 120 KM/J akan menghiburkan penonton kerana saya tertarik dengan skripnya yang membuatkan saya ketawa berbanding cerita-cerita meruntun jiwa,” kata Zizan.
Bagi penyandang Artis Lelaki Komedi Popular 2010 itu, penonton wajib menonton Cintaku 120 KM/J kerana ia sebuah telefilem yang penuh dengan aksi ‘drift,’ perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya memberi kelainan buat penonton.
Telefilem yang merupakan idea asal dari Ahmad Idham dan Cat Farish itu turut dilakonkan oleh Siti Saleha, Izzu Islam dan Wawa Zainal.