Saturday 20 August 2011

Gempar : Superheroin Sebenar Muncul Di Hongkong


Assalamualaikum dans alam sejahtera semua..

Orang-orang miskin di Hongkong mungkin akan sedikit bernafas lega, kerana seperti cerita fantasi menjadi kenyataan, kini kota itu memiliki seorang pahlawan superhero wanita yang dengan kostumnya berwarna hitam dan 'sedikit' terbuka, berkelana membahagikan makanan dan bantuan wang setiap malam kepada mereka yang kurang beruntung.


Sama seperti cerita di filem superhero yang biasa di tonton, wanita ini juga menyembunyikan identiti aslinya diketahui oleh publik. Namun ia menyebut dirinya Orchid Knight atau Kesatria Anggrek.
Ada spekulasi beredar bahawa identiti wanita ini sebenarnya adalah Wan Baobao, cucu dari bekas pemimpin China, Wan Li. Wan sendiri tidak menafikan dan menyalahkan rumor tersebut.


"Saya hanya boleh mengatakan bahawa saya memiliki latar belakang yang mirip dengan Wan Baobao dan keluarga saya cukup terkenal di Hong Kong," Ujarnya.
Wanita ini mengatakan meskipun ia berasal dari keluarga berkemampuan ia banyak melihat orang-orang miskin dan ingin membantu mereka.


Sumber : Borak Kosong

Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/gempar-superheroin-sebenar-muncul-di.html#ixzz1VZSd87z2

No comments:

Post a Comment