Thursday 25 August 2011

Gelombang baru bola sepak Malaysia



Korang pun mesti terasa bahang gelombang bola sepak malaysia sekarang ni kan? Kalau tak banyak pun sikit-sikit mesti ada , tul tak?

Harapnya sokongan padu Rakyat Malaysia tidak luntur. Seronok melihat keterujaan penyokong-penyokong bola sepak Malaysia sekarang ni. Kalau sebelum ni berapa kerat sangat yang menjadi penyokong tegar? Lebih ramai yang mengutuk dari yang memuji, lebih ramai yang bersikap tunggu dan lihat dari yang sanggup membeli tiket perlawanan.

Sekarang even mulut berbunyi harga tiket mahal, kaki tetap gagah beratur membeli tiket.

Dulu terasa sedikit canggung bila melihat ada yang memakai jersi bola Malaysia sekarang bukan sahaja jersi Utama  kuning  dan biru yang dicari, jersi latihan pun menjadi pilihan.

Pendek kata laku macam goreng pisang panas. Sana sini kita boleh lihat ada yang menyarungnya, tua, muda even budak-budak sekalipun.

Kelab penyokong harimau malaya pun ada, penyokong setia yang di gelar Ultras Malaya pun semakin bertambah pengikutnya. Sana -sini sibuk bercerita pasal bola Malaysia, dulu bercerita gaya lain sekarang cara lain.

"Bila pemain bermain dengan penuh semangat (no silly mistake), penyokong akan terhibur dan tak kisah even kalah sekalipun"

No comments:

Post a Comment