Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, 23 September 2011

Hantu Bonceng – Pandangan Berbeza Bijak Pandai Agama


KUALA LUMPUR – Isu lafaz kalimah yang mengelirukan dalam filem Hantu Bonceng oleh Zizan Raja Lawak mewujudkan pandangan yang berbeza di kalangan bijak pandai agama di negara ini.
Jika sebelum ini Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasharuddin Tantawi mengeluarkan kenyataan bahawa dialog tersebut mengelirukan, kini timbul pula maklum balas dari Pendakwah Bebas, Azhar Idrus dan Juara Program TV Imam Muda, Asyraf atau dikenali sebagai Imam Muda Asyraf.
Azhar mengatakan ada dua aspek terpenting dalam isu berkenaan iaitu sama ada ia dilafazkan dengan niat untuk mempersendakan Islam atau tidak ada niat untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, dalam kes itu, Zizan mengucap kalimah  “asyhadu anna Muhammadar..syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu..syaitan), mungkin kerana mahu membuat lawak, maka dia menambah istilah syaitan semasa memandang wajah rakannya di dalam filem itu.
Azhar menambah, walaupun ia bukanlah untuk menghina Islam tetapi tetap haram kerana mendatangkan fitnah.
Azhar di dalam rumusannya mengatakan jika diambil secara baik, Zizan tidak berniat mempersenda tetapi disebabkan kejahilan ia memberi fitnah kepadanya.
Komen Azhar mengenai isu itu dapat dilihat di laman Youtube. Beliau ketika itu menjawab soalan yang ditanya Zizan sendiri pada salah satu ceramah beliau.
Manakala pandangan imam muda Asyraf pula agak berlainan.
Beliau berkata bahawa apa yang difahami dalam dialog tersebut ialah ia bukan cercaan.
“Sy(saya) laungkan syahadah..tetiba(tiba-tiba) lalat msuk(masuk) mulut..sy smbung(sambung) syhadah dgn(dengan) kata “tuihh..lalat”..adakah sy(saya) mghina Rasul sbg (sebagai) lalat,” kata Imam Muda Asyraf yang dipetik dari laman twitter.
Beliau berkata, untuk mengatakan seseorang itu menghina nabi adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan dan sukar untuk diperhuraikan.
Filem Hantu Bonceng sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.
Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan). –Mynewshub.my

Pra Perkahwinan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Daripada Annas Easkey


Cantik gila gambar-gambar pra perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang diambil oleh Annas Easkey. ini. Kalau tak silap, Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan diijabkabulkan sebagai suami isteri hari ini.
gambar pra perkahwinan memey dan norman
Marilah kita sama-sama doakan agar majlis perkahwinan mereka berdua ini berjalan dengan lancar. Lagi beberapa keping gambar pra perkahwinan mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya.
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman
gambar pra perkahwinan memey dan norman

Diana Amir Pakai Tudung Kerana Mimpi Kiamat


Diana Amir yang kini memakai tudung telah memberitahu Mstar Online yang dia mula memakai tudung setelah berkali-kali mimpi kiamat sejak kebelakangan ini. Takut dengan mimpinya, dia mula mendapatkan nasihat dari kawan-kawannya, termasuk rakan selebriti seperti Wardina dan Irma Hasmie dan dia mula memakai tudung Isnin lalu.
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”

Katanya lagi:
“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”
Diana turut memberitahu dia hanya akan menerima watak-watak lakonan dengan sesuai dengan imejnya sekarang. Tahniah diucapkan atas Hijrah ini dari BeautifulNara. Sumber foto ini ialah dari Twitter Wardina Saffiyah.